Dari Asia Untuk Orang Asia

Adakah anda seperti saya, yang mendapati memakai produk kecantikan yang dihasilkan oleh jenama Asia lebih tepat dan sesuai untuk wajah?

Sebelum ini, ok kita bercakap pasal dari zaman golongan millennial ya, hampir keseluruhan produk di atas kaunter didominasi oleh jenama antarabangsa dari Eropah atau Amerika. Produk Asia yang terkenal mast tu pun adalah dari Jepun, tapi itupun tidak popular. Balik-balik pun SK-II je. Atau Shiseido.

Selepas dunia dilanda K-Wave, terlalu banyak produk jenama Korea yang semakin dikenali. Terima kasih kepada kdrama yang tak lekang dengan ‘product placement’. Jadi saya sendiri pun akhirnya mencuba jenama dari Asia ini.

Masa tu lah saya tengok akhirnya ada keberkesanan produk kecantikan pada wajah saya. Selama ni pakai tapi tak rasa apa-apa.

Serentak dengan itu semua orang pun pakat duk promote skincare routine dari Korea juga. Macam-macamlah kita tengok; Glass Skin, 7 Layer Toner, 7-Steps Skincare dan sebagainya.

Itu belum lagi kita tengok trend make-up Korea. Dari kening, mata, ke bibir semua ada ‘k’ ya. ‘K’ tu Korea lah.

Teori saya adalah (saya bukan saintis) disebabkan saya orang Asia, maka jenama dari Asia tu sendiri yang lebih sesuai dengan kulit saya (termasuk badan sekali). 

Malah kalau anda perasan, jenama matsaleh tu sendiri selalu mengiklankan ayat ini – Diformulasikan Untuk Orang Asia.

Tapi serius, takkan sama kalau produk tu memang asalnya jenama Asia. Macam memang dia je yang faham 😀

Di negara kita sendiri sekarang pun banyak jenama baru atau yang lama semakin mengikuti formulasi Asian yang dipelopori oleh negara Korea.

Pendekatan secara lokaliti untuk kulit kaum Asia semakin meluas. Banyak info mudah didapati di Internet, tak seperti dulu, contohnya cari je #Skintok (hashtag TikTok untuk skincare sharing). Dulu kita tak faham pun nak baca ingredients kat botol ni.

Tapi kan sebenarnya sekarang ni jenama tempatan pun banyak dah yang setanding jenama luar negara tu. Dan pastinya jenama tempatan memformulasikan produk yang sangat sesuai untuk kita lah sebab mereka mendengar apa yang kita nak.

Dari segi packaging, memang dah jauh berinovasi.  Penting ni untuk bersaing mencipta nama di mata dunia. Pengguna pun tertarik nak beli dan buat sesi unboxing kat media sosial.

Alluskin, diasaskan oleh bekas doktor iaitu Dr Nurul A’in Sa’ari pada tahun 2019 semakin berkembang maju dengan pelbagai produk inovatif yang diperkenalkan.

Produk-produk Alluskin banyak menggunakan bahan aktif tapi mesra kulit. Malah harga pun jauh berpatutan dan competitive.

Antara produk Alluskin yang menjadi viral ialah Alluskin Purifying Cleanser yang mengandungi glycolic acid 5% (anti penuaan dan dikatakan semua kebaikan dalam satu) yang mencetuskan trend Twitter Made Me Buy dan sudah terjual melebihi 50,000 botol setakat ini.

Tapi, kalau anda mahu mencuba dulu, boleh beli set percubaan Try Me Kit yang terdiri daripada pencuci muka, toner dan serum.

Jangan lupa masukkan kod ZAHIRA untuk dapatkan diskaun 15% untuk semua pembelian.

Boleh layari website AlluSkin untuk tengok produk-produk yang bersesuaian dengan anda.

Jangan lupa follow Twitter Dr Aen untuk banyak tips penjagaan kulit.

Anda boleh mengagumi kecantikan orang lain tanpa mempersoalkan kecantikan anda sendiri.

unknown

*Setiap pembelian melalui link affiliate akan memberi sedikit komisen kepada saya tapi jangan risau, anda tidak dikenakan apa-apa caj kecuali diskaun menarik yang diberikan. Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »