Sambutan Hari Bapa Bertemakan Pantai Bersama U.S. Potatoes

Saya baru balik dari satu event yang sangat best – Father’s Day Celebration, Powered by U.S. Potatoes yang diadakan kat Lago by The Lake, Kelana Jaya. Walaupun bukan dekat pantai sebenar (tapi tepi tasik), vibe dia memang terasa macam dekat beach resort sebab deko tu sangat on point ya. Cerah, santai dan penuh dengan elemen musim panas!

Event ni sempena Hari Bapa dan ia dimeriahkan dengan kehadiran media, kawan-kawan influencer, blogger dan of course semua tetamu disajikan dengan pengalaman yang cukup spud-tacular! (Yes, pun intended sebab semua pasal kentang U.S.)

Kali ni, kita disambut mesra dengan ucapan alu-aluan oleh Marisa Stein, Pengarah Pemasaran dari Potatoes USA. Beliau kongsikan sedikit sebanyak tentang betapa kentang U.S. ni dah makin popular kat Malaysia dan kenapa ia menjadi pilihan ramai. Tentulah sebab kualiti, nutrisi dan versatiliti produk kentang dalam pelbagai jenis masakan lokal.

Lepas tu, kami semua dengar sharing dari Georgen Thye, dietitian yang juga founder Georgen Cooking. Dia explain dengan sangat menarik macam mana kentang U.S. ni bukan saja sedap tapi kaya dengan nutrisi penting termasuk vitamin C, potassium dan serat. Kentang ni sumber makanan yang rendah lemak dan bebas kolesterol, so sesuai sangat untuk gaya hidup sihat kalau pandai olah!

FYI, kentang dari U.S. ni ditanam di kawasan beriklim sejuk dan tanah yang subur di beberapa tempat di U.S. Petani kat sana memang guna teknik pertanian moden dan kawalan kualiti yang ketat, jadi tak hairanlah hasilnya berkualiti tinggi dan tahan lama.

Bahagian paling “wow” bagi saya personally – live cooking demo oleh Chef Zeniq Chiam! Chef Zeniq memang kreatif, beliau cipta dua resepi bento yang unik: U.S. Potatoes Mashed Maki dan U.S. Potatoes Korokke. Tak sangka kentang boleh jadi se-stail dan se-gourmet macam tu! Cute dan sedap pula tu.

Paling best, kami semua dapat bawa balik Daddy’s Bento Gift Set – satu set khas yang ada bahan-bahan dan resepi tadi untuk kita try masak sendiri kat rumah. Oh, ada juga sesi DIY hand-painted greeting card untuk diletak sekali dalam bento tu – so sweet! Memang sesuai sangat kalau nak surprisekan ayah dengan sesuatu yang handmade dan heartfelt untuk Hari Bapa.

Tak cukup dengan tu, ada juga pertandingan media sosial dan pemenang bertuah dapat hadiah eksklusif yang cantik sangat. Saya pula menang hadiah coloring greeting card tadi hehe..

Event diakhiri dengan lunch yang sedap sangat kat Lago by The Lake restoran yang terkenal dengan makanan best, romantik dan suasana chill tepi tasik.

All in all, satu lagi event yang bukan saja penuh informasi dan inspirasi, tapi juga meninggalkan memori manis sempena Hari Bapa. Terima kasih U.S. Potatoes untuk pengalaman yang awesome ni!

Dan kalau korang rasa kentang tu “just another carb”, fikir semula!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »