
Kalau anda tengah cari jam pintar yang bukan saja nampak cantik tapi memang power dari segi prestasi, Huawei sudah bawa masuk HUAWEI WATCH FIT 4! Baru dilancarkan secara global kat Berlin, sekarang dah rasmi masuk pasaran Malaysia dengan rekaan yang lebih sleek, ciri kesihatan yang lebih bijak dan fungsi sukan outdoor yang memang mantap.
Dalam siri baru ni, ada dua model: HUAWEI WATCH FIT 4 dan WATCH FIT 4 Pro. Dua-dua memang sesuai untuk anda yang aktif tapi tetap nak nampak bergaya.
RINGAN DI TANGAN, POWER DI PRESTASI
Kedua-dua model mengekalkan gaya ikonik WATCH FIT iaitu ringan dan nipis. Versi standard cuma 27g dan setebal 9.5mm sesuai kalau nak pakai harian atau lari marathon. Versi Pro pula lagi padu cuma 30.4g dengan ketebalan 9.3mm tapi menggunakan material kaca nilam, bezel titanium dan badan aloi aluminium gred penerbangan. Skrin pun amat terang – 3000 nits. Masih jelas walaupun di bawah silauan matahari terik Malaysia.
SEDIA UNTUK AKTIVITI LUAR – DARI GUNUNG SAMPAI LAUT

Jangan pandang remeh sebab ini bukan jam comel semata-mata. Siri WATCH FIT 4 ni dibuat khas untuk korang yang kaki outdoor dengan lebih 100 mod sukan termasuk panjat gunung & ski dan built-in barometer untuk baca ketinggian.
Sistem “Sunflower Positioning” Huawei yang baru pula tingkatkan ketepatan GPS sebanyak 30% siap boleh disesuaikan ikut pergerakan anda. Ada juga sokongan peta offline, import laluan dan navigasi terus dari jam.
Untuk kaki air, ini jam pertama dari Huawei yang ada fungsi jejak laluan sukan air sesuai untuk aktiviti macam paddleboarding & sailing. Boleh jejak jarak, degupan jantung dan prestasi secara langsung masa kat tengah air.
Model Pro tambah lagi fungsi peta kontur, navigasi checkpoint, mod trail running profesional dan juga mod freediving siap dengan bacaan kedalaman dan kelajuan plus ada alert keselamatan masa menyelam. Nak main golf? Ada 15,000+ padang golf global siap sedia dalam jam ni dengan GPS masa nyata dan digital scorecard.
COACH KESIHATAN PERIBADI DI PERGELANGAN TANGAN
Selain track langkah, siri WATCH FIT 4 ni bawa fungsi kesihatan ke aras baru. Ada pemantauan HRV (heart rate variability) 24/7 dan juga “Emotional Wellbeing Assistant” yang bantu anda reset & relaks bila rasa stress.

Model Pro lagi hebat sebab menggunakan sistem TruSense baru yang bagi data kesihatan lebih tepat & boleh dipercayai. Siap ada fungsi ECG terbina dalam untuk pantau jantung secara langsung. Kalau ada apa-apa yang luar biasa, jam akan alert terus.
Segala data penting macam degupan jantung, tahap oksigen, stress, tidur, pernafasan dan emosi disatukan dalam satu laporan lengkap dengan analisis & cadangan peribadi.
CIRI PINTAR YANG MEMANG MEMUDAHKAN HIDUP
Jam ni bukan setakat untuk sukan dan kesihatan je. Anda boleh balas WhatsApp menggunakan papan kekunci penuh dari jam ni terus. Paling menarik – HUAWEI jadi jenama pertama di Malaysia yang sokong bayaran TNG QR melalui jam tangan!

Ada juga fungsi NFC access card, nota suara, panggilan Bluetooth, info cuaca dan bateri tahan sampai 10 hari. Cas penuh pun ambil masa sejam je (untuk versi Pro).
Dan yang best, App Waktu Solat Malaysia bakal tiba pada Jun 2025 untuk WATCH FIT 4 dan WATCH 5. App ini yang pertama boleh guna atas jam tangan. Boleh tengok waktu solat, arah kiblat & ayat doa terus dari jam. Versi iOS akan dapat sokongan ni kemudian.
Satu lagi benda cool adalah jam ni boleh guna App radio SYOK. Anda boleh play, pause dan kawal volume terus dari pergelangan tangan.
DAH BOLEH PRE-ORDER – SIAP DAPAT HADIAH PERCUMA!
Model Pro datang dengan 3 warna: Hitam, Biru & Hijau dengan setiap satu ada gaya strap tersendiri seperti fluoroelastomer bertekstur gelombang atau nylon untuk rasa breathable.
Model biasa ada 4 warna iaitu Hitam, Kelabu, Ungu & Putih dengan pilihan strap woven nylon atau fluoroelastomer. Best kan? Mesti ada satu yang ngam dengan gaya anda.
Harga bermula dari RM599 dan dah boleh pre-order sekarang. Kalau cepat, anda akan dapat penimbang pintar HUAWEI Scale 3 percuma + langganan Health+ selama 3 bulan.

Pre-order sekarang di semua Huawei Experience Store, laman rasmi Huawei, Shopee, Lazada & TikTok Shop rasmi Huawei.
Nak tahu lebih lanjut pasal produk atau promosi terkini? Jom follow laman rasmi HUAWEI kat Facebook atau Instagram.