HUAWEI Mate XT & Pameran Pop-Up Lipat Terbesar di Pavilion KL

Huawei baru sahaja memperkenalkan HUAWEI Mate XT, telefon pintar tri-lipat pertama di dunia yang benar-benar berevolusi tinggi di pelancaran Pameran Pop-Up Inovatif Lipat terbesar mereka di Pavilion Kuala Lumpur dengan menampilkan inovasi serta kehalusan teknologi flagship terkini mereka. Antara yang menjadi tumpuan sudah tentu HUAWEI Mate XT yang luar biasa, di samping HUAWEI Mate X6 dengan teknologi dwi-lipat yang lebih sleek, HUAWEI WATCH Ultimate yang mewah serta HUAWEI MatePad Pro yang menawarkan pengalaman tablet berprestasi PC.

‘Unfold the Classic’: 7 Hari Penuh Inovasi & Teknologi Canggih

Pameran selama tujuh hari ini bertemakan ‘Unfold the Classic’ di mana pengunjung boleh melihat sendiri kehebatan teknologi lipat Huawei serta keunikan reka bentuknya. Ini peluang terbaik untuk meneroka bagaimana gabungan reka bentuk inovatif, ketahanan, dan kemewahan mencipta pengalaman peranti yang luar biasa!

Dengan HUAWEI Mate XT, Huawei bukan sekadar memperkenalkan telefon lipat biasa – ini adalah telefon pintar tri-lipat komersial pertama di dunia! Ia mampu dilipat ke dalam dan ke luar, satu pencapaian luar biasa yang mengubah fantasi menjadi realiti.

Apa yang menjadikan Mate XT lebih istimewa? Huawei membangunkan teknologi paparan fleksibel multi-arah yang boleh menahan tekanan dan regangan serta Sistem Engsel Ketepatan Tinggi yang memastikan reka bentuknya kekal nipis dan ringan tanpa mengabaikan ketahanan.

Huawei mengambil masa bertahun-tahun untuk mencapai inovasi ini, menolak keterbatasan teknologi demi mencipta pengalaman tri-lipat yang paling baru.

HUAWEI Mate X6: Klasik Dwi-Lipat dengan Ketahanan Maksimum

Selain Mate XT, HUAWEI Mate X6 turut mencuri perhatian dengan teknologi dwi-lipat yang lebih tahan lasak. Menggunakan Kaca Kunlun generasi kedua, skrin dalaman tanpa cela, sistem engsel yang lebih kukuh serta bingkai tengah Aviation-Grade Aluminum, Mate X6 direka untuk tahan pelbagai keadaan penggunaan harian.

Nak lihat sendiri betapa hebatnya ketahanan Mate X6? Di pameran ini, anda boleh menyaksikan bagaimana skrin dalamnya mampu mengangkat motosikal seberat 150kg dan bingkainya kekal kukuh di bawah tekanan tinggi!

Gabungan Kemewahan & Inovasi: Bukan Sekadar Telefon Lipat

Selain peranti lipat, Huawei turut mempamerkan teknologi terbaik mereka dalam kategori lain.

HUAWEI MatePad Pro 13.2 – Tablet flagship ini menawarkan pengalaman seperti PC, lengkap dengan PC-level WPS Office, aplikasi penting serta papan kekunci NearLink dan M-Pencil yang menjadikan kerja lebih produktif. Skrin OLED PaperMatte pula memastikan paparan yang selesa untuk mata dengan teknologi anti-silau.

HUAWEI WATCH Ultimate – Smartwatch ini menggabungkan reka bentuk mewah dengan teknologi pemantauan kesihatan yang canggih. Ia juga dilengkapi tracking sukan seperti golf, memberikan analisis ayunan secara real-time dan maklumat lapangan menjadikannya jam tangan sempurna untuk mereka yang mahukan gaya serta fungsi dalam satu peranti.

‘Unfold the Classic’: 9 Tahun Penantian untuk Inovasi Hebat Ini

Dari teknologi dwi-lipat hingga ke tri-lipat, Huawei mengambil masa sembilan tahun untuk mengubah sesuatu yang mustahil menjadi kenyataan.

Menurut Alex Huang, Ketua Pegawai Pemasaran Huawei Consumer Business Group, pameran ini adalah satu pencapaian besar dalam usaha Huawei untuk membawa pengalaman inovatif kepada pengguna di seluruh dunia.

“Dengan ‘Unfold the Classic’ di Kuala Lumpur, kami bukan sahaja mempamerkan teknologi terbaru, tetapi juga membuktikan komitmen Huawei dalam membentuk masa depan dunia pintar,” katanya.

Louie Lyu, Presiden Huawei APAC Consumer Business Group, pula menambah, “Teknologi bukan sekadar fungsi – ia adalah sebahagian daripada kehidupan. Melalui ‘Unfold the Classic’, kami menunjukkan bagaimana inovasi Huawei membantu pengguna menjalani kehidupan dengan lebih bermakna, kreatif dan berhubungan dengan dunia.”

Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri kehebatan teknologi Huawei di Pavilion Kuala Lumpur!

📍 Tarikh: 19 – 25 Februari 2025
⏰ Masa: 10:00 AM – 10:00 PM
📍 Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur, Malaysia

HUAWEI Mate XT kini dibuka untuk pra-tempahan hingga 14 Mac 2025! Anda boleh mendapatkannya di Huawei Experience Store, Laman Web Rasmi Huawei, serta platform rasmi seperti Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.

Untuk info lanjut dan promosi terkini, layari laman web rasmi Huawei atau ikuti Huawei di Facebook & Instagram.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »