
Malaysia Sarong Music Run (MSMR) kembali ke Kuala Lumpur hari ini atas permintaan ramai menandakan kejayaan edisi ketiganya dengan lebih warna, budaya dan komuniti berbanding sebelum ini.
Diadakan bersempena Hari Malaysia 2025, acara ini telah mengubah pusat bandar menjadi sambutan meriah identiti dan perarakan apabila lebih daripada 15,000 pelari berSarong meraikan perpaduan negara.
Turut hadir di acara tersebut ialah Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan Datuk Seri Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang telah bersama-sama menyerlahkan kedudukan MSMR 2025 sebagai perayaan perpaduan, budaya dan gaya hidup aktif di peringkat nasional. Bacaan ikrar pula dilafazkan oleh selebriti jemputan Bella Astillah.
Laluan 5KM ini bukan sekadar larian tetapi satu perjalanan yang melalui kepelbagaian tradisi Malaysia, menggabungkan gaya hidup aktif dengan zon budaya interaktif dan muzik tradisional. Salah satu tarikan utama acara yang ikonik: jamuan lebih 40,000 kuih-muih dari seluruh negara yang dapat dirasa dan dikongsi oleh para peserta.
Dari Zon Borneo, para pelari dihidangkan dengan juadah seperti apam butter, bingka jagung dan puding gula merah; Zon Utara menampilkan seri muka, talam keladi dan pulut sambal; Zon Selatan dan Pantai Timur menawarkan puteri ayu, kuih bakar, kole kacang dan talam suji.
Jejak kuih itu mewujudkan satu perjalanan sambil makan merentasi wilayah Malaysia yang akhirnya menjadikan MSMR bukan sekadar larian semata-mata tetapi ibarat sebuah muzium budaya yang hidup.
“Inilah yang sepatutnya dirasai pada Hari Malaysia, sambutan akar umbi siapa kita, melalui apa yang kita pakai, apa yang kita makan dan bagaimana kita bergerak bersama,” kata Dato’ Sri Tiong King Sing.
“MSMR adalah satu model menarik pelancongan berasaskan budaya dan satu inisiatif utama ketika kita bersiap ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026.”
Berkolaborasi dengan LOCCO iaitu platform budaya berteraskan komuniti di sebalik Keretapi Sarong, MSMR 2025 kali ini dikuasakan oleh JETOUR Malaysia sebagai Penaja Utama dan Rakan Kereta Rasmi. Acara ini juga mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebagai pameran gaya hidup budaya di bawah strategi pelancongan negara.
“Kami tidak pernah melihat MSMR hanya sebagai perlumbaan. Ia adalah platform di mana rakyat Malaysia boleh menunjukkan kebanggaan mereka dalam budaya, komuniti dan masa depan kita bersama,” kata Eddy Casmady, Presiden Malaysia Marathon dan Pengasas MSMR.
Bertemakan “gaya hidup bertemu tradisi,” edisi ketiga MSMR 2025 memperkenalkan segmen kompetitif baharu yang dinamakan Malaysia Speed 5KM Race, khusus untuk pelari Malaysia menunjukkan kehebatan mereka.
Perlumbaan sulung ini menyertai dua lagi sorotan utama sepanjang bulan ini: EKI Jetour x BSC Sarong Relay (9 Sept) dan Larian Fun 5KM yang terbuka kepada semua termasuk pelancong antarabangsa. Semua peserta disatukan di bawah satu tema iaitu berlari dengan bangga dalam Sarong.
“Larian ini mewakili wajah baharu pelancongan Malaysia yang begitu mendalam, ekspresif dan berpaksi pada budaya,” kata Presiden Jetour Malaysia, Ke Chuandeng.
@zahiragram Hujan atau lautan bara akan kami redah! Bravo semua 😀 #msmr2025 #malaysiasarongmusicrun2025 ♬ original sound – Zahira | Travel •Food •Event
Gabungan rakan kongsi dan penaja MSMR
Sri Talamaz mengambil tempat utama sebagai Pembekal Kuih Rasmi, menyediakan hidangan 40,000 kuih tradisional yang menjadikan larian ini satu pesta budaya.
Oatside turut serta sebagai Rakan Minuman Berasaskan Tumbuhan Rasmi dan Food Port Fest melengkapkan pengalaman kulinari sebagai Rakan Festival Makanan Rasmi.
Keperluan hidrasi sepanjang larian disediakan oleh Le Minerale, Rakan Air Mineral Rasmi manakala ASICS tampil sebagai Rakan Kasut Rasmi. Restoran terkenal Malaysia, Hameediyah, membawa cita rasa tradisi sebagai Rakan Rasmi Nasi Kandar.
Ketepatan masa dijamin oleh Checkpoint Spot sebagai Rakan Sistem Masa Rasmi dan Garmin sebagai Rakan Masa Rasmi.
Liputan media dan hiburan disokong oleh Astro Radio dan Astro sebagai Rakan Media Rasmi. Acara ini juga menampilkan Hurix sebagai Rakan Rasmi Herba Kesihatan dan Food Port Fest sebagai Rakan Festival Makanan Rasmi.
Menyokong acara ini secara lebih luas ialah Tourism Malaysia, Malaysia Truly Asia, FAMA, Pavilion Kuala Lumpur, Concorde Hotel Kuala Lumpur, Resort Chalets Kuala Linggi, SWCorp, Teh Pucuk Tinggi dan Himalaya Sports.
Sokongan media diperkukuh oleh rangkaian luas rakan siaran dan cetak termasuk ERA, ERA Sarawak, ERA Sabah, MY, Hitz, Mix, Lite, Sinar, Raaga, THR Gegar, Melody, Zayan, Goxuan, SYOK, Astro AWANI, Gempak dan Meletop.