
Hari ini 16 Julai 2025 saya baru saja pergi ke majlis pelancaran Pop-Up Coffee Experience Lavazza x aura+ di Suria KLCC and let me just say that this one’s for the coffee lovers who appreciate a little tech with their brew.
Saat melangkah ke area Concourse KLCC, saya dah excited bila nampak vibe premium acara ini. Lavazza, jenama kopi Itali yang tak asing lagi bergabung dengan aura+ untuk melancarkan mesin kopi Java One Espresso dan kapsul terbaharu mereka, Crema e Gusto Forte. OMG dua-dua memang mantap!
Pelancaran berlangsung di Centre Court KLCC dihadiri oleh barisan VIP dari prinsipal Lavazza Asia sehinggalah ke rakan kongsi dan wakil rasmi dari Kedutaan Itali.
Yang buat saya paling teruja? Mesin aura+ Java One Espresso ni bukan saja sleek, tetapi juga compatible dengan kapsul Nespresso®. Masa barista buat coffeetails (aha, coffee + cocktails), saya terus terfikir yang ini bukan sekadar mesin kopi tapi statement lifestyle masa kini.

Kalau korang plan nak datang (acara berlangsung dari 15-21 Julai 2025), ini antara highlights yang korang tak boleh miss:
· Sesi merasa kopi dan coffeetails dengan barista profesional
· Diskaun untuk kapsul, serbuk kopi dan biji kopi Lavazza
· Dinding Instagram dan engraving percuma
· Permainan interaktif dan hadiah eksklusif
· Starter kit RM599 yang memang berbaloi. Korang dapat mesin kopi tu + 8 kotak kapsul PERCUMA (harga sebenar RM891)
Lagi satu, kalau beli tiga kotak ke atas, boleh spin roda hadiah. Beli lapan kotak? Dapat capsule holder atau penapis kopi. Kalau beli mesin kopi pula, dapat tumbler eksklusif. Bukan calang-calang freebies yang korang akan dapat nanti.
Overall, Lavazza x aura+ membawa kita masuk dalam dunia kopi Itali yang mewah tapi accessible. Saya personally impressed dengan cara mereka menggabungkan heritage dengan gaya hidup moden.
Kalau korang lalu-lalang di KLCC minggu ni, jangan lupa singgah Pop-Up Coffee Experience Lavazza x aura+ tau.
TENTANG LAVAZZA
Lavazza, yang diasaskan di Turin pada tahun 1895, dimiliki oleh keluarga Lavazza selama empat generasi. Hari ini Lavazza Group adalah salah satu syarikat terkemuka di dunia kopi global, dengan perolehan lebih € 3 bilion dan portfolio jenama terkemuka yang menerajui pasaran seperti Lavazza, Carte Noire, Merrild dan Kicking Horse.
Kumpulan ini aktif dalam semua sektor perniagaan dan beroperasi di 140 pasaran. Ini adalah hasil daripada pertumbuhan hampir 130 tahun dan lebih daripada 30 bilion cawan kopi Lavazza yang dihasilkan setiap tahun. Kejayaan yang luar biasa adalah hasil daripada matlamat untuk terus menawarkan hanya kopi yang terbaik dalam semua bentuk dengan memberi tumpuan kepada setiap aspek rantaian bekalan daripada pemilihan bahan mentah sehinggalah kepada produk yang tersedia untuk dinikmati.
Kumpulan Lavazza telah merevolusikan budaya kopi dengan melabur secara berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan daripada permulaan kejayaan awal syarikat iaitu campuran kopi kepada espresso pertama yang diminum di angkasa lepas dan berpuluh-puluh paten perindustrian.
“Membangkitkan dunia yang lebih baik setiap pagi” ialah slogan korporat Kumpulan Lavazza dengan matlamat untuk mencipta nilai yang mampan untuk para pemegang saham, kolaborator, pengguna dan komuniti di mana ia beroperasi dan menggabungkan daya saing dengan tanggungjawab sosial dan alam sekitar.
Mesin Kopi Espresso aura+ Java One
Mesin Kopi Espresso aura+ Java One telah terbukti menjadi pilihan mereka yang pakar. Apatah lagi ia turut dipromosikan bersama dengan jenama Lavazza. Mesin ini pasti memberikan sentuhan mewah kepada kehidupan seharian anda. Ia menampilkan dua mod iaitu espresso (30ml) dan lungo (80ml). Kedua-duanya mudah dikendalikan dengan satu sentuhan butang sahaja. Dengan aplikasi teknologi pengekstrakan rasa yang canggih, setiap cawan yang dihasilkan memberi pengalaman rasa mewah, aromatik dan lembut bak sutera yang benar-benar menyerlahkan keistimewaan aura+. Direka dengan elegan untuk kegunaan harian, mesin ini juga sesuai digunakan dengan Nespresso®.
Lavazza Crema e Gusto Forte
Lavazza Crema e Gusto Forte ialah adunan espresso yang luar biasa pekat serta kaya dengan aroma dan rasa. Ia dihasilkan daripada gabungan Arabika Brazil yang manis bersama Robusta premium terpilih dari Amerika, Asia dan Afrika. Dipanggang pekat, Crema e Gusto Forte mempunyai aroma koko, kayu, tembakau dan coklat yang padu, menghasilkan profil rasa yang menyerlah dan mantap yang sesuai untuk penggemar ristretto atau espresso klasik. Pilihan utama mereka yang menggemari kopi yang pekat dan berperisa, Crema e Gusto Forte menjanjikan pengalaman kopi Itali asli dalam setiap cawan.