One Bedroom Suite di The OOAK Suites by Bamboo Hospitality

Kadang-kadang, kita tak perlu pergi jauh untuk rasa “escape” dari rutin harian. Baru-baru ni, saya telah luangkan satu malam di The OOAK Suites by Bamboo Hospitality yang terletak di Mont Kiara. Satu pengalaman macam duduk rumah sendiri, selesa dan eksklusif.

Sampai dekat lobi, rasa macam hotel juga. Tapi tempat ni lebih kepada vibe residence yang memang tapi privacy disini terjaga dan suasananya tenang. Yang best, bangunan ni terus bersambung dengan Sunway 163 Mall. Nak cari makan? Ada banyak pilihan restoran. Perlukan barang dapur, ubat atau nak tengok wayang? Semua ada dalam mall tu. Tak payah drive pun.

One Bedroom Suite yang saya inap malam tu luas dan lengkap dengan semua kemudahan. Ada dapur kecil, microwave, peti sejuk, mesin basuh & dryer (detergent pun disediakan) dan bilik mandi dia ada bathtub. Masa tu memang saya terus buat bubble bath sambil layan lagu.

Untuk korang yang terlebih aktif, kolam renang dan gym pun ada. Wi-Fi percuma pun laju, jadi sesuai kalau nak browse apa-apa atau layan TikTok. Dan yang best juga dapat parking percuma.

Kalau korang plan nak short getaway atau cari tempat selesa dan strategik untuk kerja atau rehat, saya sangat recommend The OOAK ni. Nak sewa untuk long term pun boleh malah sesuai sangat.

Booking boleh terus ke laman web Bamboo Hospitality https://bamboohospitality.com.my/the-ooak-suites-and-residence/ atau guna Booking.com, Agoda atau Trip.com. Cari listing yang ada nama “by Bamboo Hospitality” untuk servis eksklusif resepsi kaunter khas dan bantuan 24 jam.

Dan ini bonus untuk korang:

Gunakan kod “zahira” untuk dapatkan 10% diskaun dari harga website!

Selamat staycation!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »