Refleksi 2025: Tahun Pengalaman, Pembelajaran dan Tadbir Urus Peribadi

Tahun 2025 akan saya kenang sebagai salah satu tahun paling bererti dalam hidup sebagai content creator dan influencer yang sentiasa mahu berkembang secara profesional dan autentik. Sekali imbas, mungkin nampak seperti siri pencapaian dan detik gembira sahaja. Tetapi di sebalik setiap gambar, video dan kolaborasi, ada kerja keras, komitmen dan burnt out yang ditanggung dalam diam.

Awal tahun ni saya bermula dengan mindset baharu dalam cara saya menghasilkan kandungan. Saya lebih terbuka untuk berkongsi cerita yang bukan sekadar cantik di skrin tetapi juga memberi nilai kepada pembaca dan penonton saya. Ia lahir dari  kesedaran bahawa audiens saya adalah manusia sebenar yang mahukan inspirasi lebih daripada sekadar kempen semata.

Antara peluang terindah dalam penghasilan konten adalah jemputan travel. Perjalanan yang membawa saya ke beberapa negara dan bandar utama serta destinasi menarik membuka ruang untuk saya merakam pengalaman tempatan, budaya dan gaya hidup yang membuka mata. Perjalanan ini bukan sekadar lokasi baharu untuk dikongsi, tetapi ruang untuk saya belajar tentang identiti dan naratif yang lebih luas. Saya bertemu dengan lebih ramai rakan kreatif yang lain, bertukar idea dan membina jaringan yang lebih kukuh dalam dunia digital. 

Tahun ni juga penuh dengan peluang berkolaborasi dengan jenama-jenama yang saya hormati, termasuk nama tempatan dan antarabangsa. Kerjasama yang terjalin melibatkan banyak pihak dari industri yang pelbagai, seperti hotel dan tourism, produk kecantikan, restoran, pasaraya terkemuka, produk elektronik dan bermacam-macam lagi. Projek-projek ini bukan sekadar ‘bersponsor’ tetapi kerjasama yang membentuk cara saya bekerja dan berkomunikasi.

Selain itu, menjelang penghujung tahun 2025 saya diberi peluang untuk muncul dalam salah satu surat khabar utama Malaysia iaitu The Sun. Ia adalah satu momen yang buat saya berhenti sejenak dan renungkan sejauh mana perjalanan ini telah berkembang. Penampilan ini bukan sekadar ‘headline’ tetapi pengiktirafan kepada penulisan saya di website sendiri yang saya telah bangunkan sejak awal lagi. Ia juga memberi kredibiliti kepada apa yang saya lakukan setiap hari dan juga peluang untuk menemui insan yang mungkin belum pernah bertemu saya di media sosial. Terima kasih diucapkan kepada penulis yang terlibat, Hannef Esquander yang memberikan peluang yang amat bermakna ini.

Pautan: https://thesun-ipaper.cld.bz/20251228/13/

Dalam bidang yang sentiasa berubah seperti content creation, ada banyak cabaran yang datang tanpa amaran. Kadang-kadang data engagement turun naik, algoritma berubah dan kerjasama yang tidak menjadi. Tetapi setiap halangan itu mengajar saya untuk menjadi lebih adaptif tanpa kompromi terhadap integriti. Saya rasa bersyukur kerana setiap detik itu memperkukuhkan cara saya bekerja dan berinteraksi dengan komuniti saya.

Kalau saya cuba rumuskan tahun 2025 dengan satu ayat, ia adalah tentang pertumbuhan yang dinamik, pembelajaran tanpa henti dan hubungan yang bermakna. Saya bangga dengan apa yang telah dicapai tetapi lebih penting lagi saya teruja dengan semua yang masih menanti di hadapan.

Terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya, terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam setiap cerita yang saya kongsikan. Saya hargai setiap komen, mesej, perkongsian dan juga kritikan yang membentuk saya jadi lebih baik.

Mari kita sambut 2026 dengan semangat yang baharu, cerita yang lebih mendalam dan peluang yang belum tergenggam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »