Kempen Jualan Terpantas Beg SAMMA DENIM oleh Dato’ Aliff Syukri

Pada pagi Rabu 30 Julai 2025, pasti orang awam di sekitar Jalan Masjid India terpinga-pinga. Tiba-tiba saja ada kumpulan busking berkumpul dan mendendangkan lagu, kemudian terkejut melihat 2 beg tangan gergasi memasuki kawasan lapang berhadapan butik Joyalukkas. Lagi menggamatkan suasana, muncul pula kelibat Dato’ Aliff Syukri, isteri Datin Shahida dan anak-anak dalam kumpulan orang ramai.

Ini adalah gimik kempen jualan beg Samma Denim, beg tangan keluaran terbaru yang akan dilancarkan pada 3 Ogos 2025. Saya bertuah berpeluang untuk turut serta hadir event eksklusif ini yang cukup luar biasa. Acara ini bukan sekadar pelancaran biasa, tapi ia bakal mencipta rekod jualan beg terpantas di Malaysia! Target mereka? Terjual dalam masa hanya 3 minit 28 saat. Ya, anda tak salah baca. Cuma 3 minit 28 saat!

Hadiah Lumayan Untuk Pembeli Awal

Salah satu perkara paling menarik yang diumumkan ialah setiap pembelian 1 unit handbag Samma Denim akan melayakkan anda untuk menerima kad gores & menang. Hadiahnya bukan calang-calang. 1000 pembeli bertuah berpeluang menang pakej umrah, Honda CRV, motosikal, cincin emas serta pelbagai barangan elektrik! Rasanya jarang kita tengok pelancaran beg dengan hadiah segempak ini.

Review Ringkas: Samma Denim – Premium, Bergaya, Eksklusif

Beg Samma Denim ni bukan sekadar cantik, tapi kualitinya terasa premium bila disentuh. Reka bentuknya moden, kemas dan sesuai digayakan sama ada untuk harian mahupun acara istimewa. Material denim yang digunakan pula tahan lasak tapi masih nampak eksklusif. Paling best, ada 7 pilihan warna menarik dan semuanya edisi terhad! Jadi siapa cepat, dia dapat. Dato’ Aliff menjelaskan, takkan ada keluaran seterusnya. Habis kira habis so anda mesti dapatkan ni tau, mana tau andalah antara 1000 pembeli bertuah itu.

Sebagai pencinta fesyen, saya sendiri rasa beg ini ada elemen “statement” tersendiri. Ia simple tapi striking. Sesuai untuk wanita moden yang nak tampil berani tapi kekal classy. Beg Samma Denim ada dalam dua saiz (besar dan kecil) dan harga adalah sama iaitu RM75 sahaja. Untuk saiz besar, tali sandang bahu disediakan manakala untuk saiz kecil, tali panjang jenis crossbody disediakan.

Set the Date: 3 Ogos 2025 di TikTok

Pelancaran rasmi dan jualan Beg Samma Denim akan berlangsung pada Ahad ini, 3 Ogos 2025 secara live di TikTok Dato’ Aliff Syukri. Semua dijemput untuk sama-sama saksikan dan rebut peluang menjadi antara pemilik pertama beg yang bakal mencipta rekod Malaysia Book of Records.

Saya rasa Samma Denim ni bukan sekadar beg, tetapi simbol pencapaian. Pencapaian seorang usahawan yang berani buat sesuatu yang luar kebiasaan. Dan sebagai pembeli, kita boleh menjadi sebahagian daripada sejarah ini. Saya dah ready Ahad ni. Anda?

1 thought on “Kempen Jualan Terpantas Beg SAMMA DENIM oleh Dato’ Aliff Syukri”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »