LG Malaysia Perkenal “AFFECTIONATE INTELLIGENCE” Yang Memahami Pengguna

Teknologi “Affectionate Intelligence” LG – Bila Peralatan Rumah Faham Emosi Kita

Usai perasmian penjenamaan semula LG Subscribe yang baru, saya hadir pula di LG Convention 2025 dan terus terang, saya sangat kagum dengan hala tuju baharu LG dalam dunia teknologi. Tahun ini, tema yang dibawakan ialah “Affectionate Intelligence” – satu konsep AI (kecerdasan buatan) yang bukan sahaja bijak tapi juga berempati dan memahami keperluan kita sebagai pengguna.

Acara ini memang penuh dengan demonstrasi menarik. Antara yang mencuri perhatian saya ialah bagaimana LG mengetengahkan produk-produk harian yang dipertingkatkan dengan AI bukan lagi sekadar pintar, tapi boleh belajar, menyesuaikan diri dan buat kita rasa difahami.

Menurut Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Encik Justin Choi, matlamat LG sekarang bukan sekadar nak canggih, tapi nak hasilkan teknologi yang lebih mesra manusia. Maksudnya, bukan kita yang kena ikut teknologi, tapi teknologi yang belajar dan menyesuaikan diri dengan cara hidup kita.

“Peralatan elektronik pengguna berkuasa AI kami menunjukkan bagaimana kami mencipta penyelesaian yang memahami keperluan sebenar manusia, bukannya memaksa pengguna menyesuaikan diri dengan teknologi. Inovasi ini mempelajari tingkah laku anda untuk menjangkakan keperluan tanpa memerlukan arahan – ini akan memberikan anda lebih masa untuk perkara yang benar-benar penting.”

Antara produk yang dipamerkan:

TV OLED dengan AI

TV LG generasi baharu ini memang memukau. Ia boleh sesuaikan kualiti gambar dan bunyi berdasarkan jenis kandungan dan pencahayaan bilik secara automatik. Saya sempat lihat sendiri di bilk pameran dan memang terasa pengalaman tontonan tu lebih peribadi dan ‘immersive’.

Penyaman Udara LG AI Air DualCool™️

Bayangkan penghawa dingin yang belajar tabiat anda, tahu bila anda selalu balik rumah dan laras suhu serta arah angin mengikut keselesaan anda. Tak perlu sentuh remote pun! Sangat menjimatkan tenaga dan mudah digunakan.

Mesin Basuh dengan Teknologi AIDD

Yang ni memang sesuai untuk yang sibuk. Mesin basuh ini boleh automatik kenal jenis kain dan saiz muatan dan akan sesuaikan kitaran basuhan untuk penjagaan fabrik yang optimum. Senang, jimat masa dan lebih mesra pakaian.

Peti Sejuk LG MoodUP

Ini memang lain daripada yang lain. Pintu LED peti sejuk boleh bertukar warna ikut mood dan ada speaker Bluetooth terbina dalam. Kalau suka dapur yang ‘fun’ dan boleh berubah-ubah gaya, ini untuk anda.

Ketuhar Gelombang Mikro & Mesin Basuh Pinggan AI

LG juga memperkenalkan microwave dengan teknologi Smart Inverter dan mesin pencuci pinggan yang direka khas untuk gaya hidup rakyat Malaysia untuk menjimatkan masa dan tenaga serta mudah dibersihkan.

Kerusi Urut LG Healing-Me Arte & Penulen Udara Pintar

Satu lagi highlight: Kerusi urut mewah LG yang menang Red Dot Design Award. Selesa, ergonomik dan sangat bergaya! Turut dipamerkan ialah penyahlembap dan penulen udara LG yang disambungkan dengan aplikasi ThinQ, semuanya boleh dikawal dari telefon.

Dan semestinya, Penulen Air LG PuriCare™ ATOM-U juga diperkenalkan di sini. Produk yang sangat sesuai dengan dapur moden kerana reka bentuknya yang ringkas dan boleh dipasang bawah sinki.

Apa yang saya belajar dari acara ini ialah LG sedang bergerak ke arah mencipta teknologi yang bukan sekadar membantu kerja rumah, tetapi juga menyokong gaya hidup yang lebih sihat, mudah dan tenang. Teknologi yang faham kita, itu sebenarnya masa depan.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang rangkaian produk LG dan teknologi terkini mereka, boleh terus ke www.lg.com/my atau lawati laman Facebook rasmi mereka di LG Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »