LG Electronics Perkenal Penjenamaan Semula Sewa Beli Produk

Saya telah berpeluang menghadiri satu acara eksklusif anjuran LG Electronics Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 6 Jun 2025. Dalam acara ini, LG mengumumkan penjenamaan semula program sewa beli mereka daripada LG Rent-Up kepada nama baharu yang lebih segar dan mesra pengguna iaitu LG Subscribe.

Acara ini turut dihadiri oleh Duta Jenama LG, Lee Zii Jia — jaguh badminton negara dan pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024. Memang satu pengalaman yang menarik dapat menyaksikan sendiri kehadiran figura sukan negara dalam majlis teknologi seperti ini.

Melalui LG Subscribe, rakyat Malaysia kini boleh menikmati akses kepada peralatan rumah premium seperti sistem penulen air LG PuriCare™, teknologi vakum LG CordZero, penyaman udara LG ArtCool serta penyelesaian dobi LG WashTower tanpa perlu membuat pelaburan besar pada awalnya. Bayaran bulanan yang fleksibel, servis penyelenggaraan berkala sehingga 7 tahun dan sambungan terus dengan aplikasi pintar LG ThinQ menjadikan program ini sangat menarik, terutama untuk golongan muda dan keluarga moden.

Saya sendiri sangat tertarik dengan LG PuriCare™ ATOM-U, penulen air baharu yang dilancarkan sempena penjenamaan ini. Rekaan minimalis yang dipasang di bawah sinki, tak ambil ruang langsung di dapur sesuai sangat untuk gaya hidup urban masa kini. Teknologi terkini dan fungsi penulenan air yang efisien membuatkan saya rasa ini bukan sekadar produk tapi satu pelaburan kesihatan jangka panjang.

Menurut Encik Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, perubahan daripada konsep “rent” kepada “subscribe” bukan sekadar tukar nama, tapi satu pendekatan yang lebih menyeluruh dan mesra pelanggan. Ia sejajar dengan matlamat LG untuk menjadi penyedia Solusi Hidup Pintar menjelang tahun 2030. Bukan hanya peralatan rumah, tetapi penyelesaian pintar merangkumi setiap aspek kehidupan dari rumah, pejabat hingga mobiliti.

“Hari ini merupakan detik penting dalam perjalanan LG untuk mengubah cara rakyat Malaysia menikmati teknologi premium” – Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia

Lee Zii Jia juga sempat berkongsi pendapatnya. Katanya, sebagai seorang atlet, dia sangat faham keperluan kepada produk yang fleksibel dan berprestasi tinggi sama seperti pendekatan LG Subscribe yang memberi akses kepada teknologi tanpa beban.

Secara keseluruhan, saya sangat kagum dengan visi dan usaha LG untuk memudahkan gaya hidup rakyat Malaysia. Teknologi tak semestinya mahal atau susah untuk diakses dan LG berjaya buktikan yang mereka faham kehendak pengguna moden.

Kalau anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang LG Subscribe atau produk-produk inovatif LG yang lain, bolehlah lawati laman rasmi mereka di www.lg.com/my atau ikuti Facebook rasmi mereka di LG Malaysia.

Mengenai LG Electronics, Inc.

LG Electronics ialah peneraju global dalam inovasi teknologi dan barangan elektronik pengguna dengan kehadiran di hampir setiap negara serta tenaga kerja antarabangsa melebihi 75,000 orang. LG terdiri daripada empat syarikat utama – Home Appliance Solution, Media Entertainment Solution, Vehicle Solution dan Eco Solution  yang secara keseluruhan mencatatkan hasil global melebihi KRW 88 trilion pada tahun 2024.

LG merupakan pengeluar utama bagi produk pengguna dan komersial seperti televisyen, peralatan rumah, penyelesaian udara, monitor, komponen dan penyelesaian automotif. Jenama premium seperti LG SIGNATURE dan LG ThinQ yang pintar juga dikenali di seluruh dunia.

Layari www.LGnewsroom.com untuk berita terkini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »